Soalan Lazim


1.Dimanakah lokasi SRL PRINTING?

Lokasi kami di kapar, klang, selangor.Kami beroperasi secara ONLINE, disebabkan itu kami dapat memberikan harga yang terbaik jauh lebih murah dari harga biasa.Dan kami juga akan kerap melakukan promosi yang terhebat untuk pelanggan kami.Sila sentiasa mengikuti perkembangan kami.

2.Saya tinggal di kawasan klang juga, bolehkah saya berjumpa terus untuk mengambil produk atau membuat tempahan?

Ya! Sudah tentu. Sila hubungi kami.

3.Bolehkah saya melihat contoh produk?

Tentu sekali boleh, klik sample produk

4.Saya tidak mempunyai design, tetapi mempunyai idea,bolehkah srl printing membantu?

Kenapa tidak! kami sedia membantu pelanggan kami.

6.Selain dari harga yang tertera, masih adakah harga yang terselindung?

Tidak, yang terpapar adalah harga akhir.

7.Tempahan saya telah siap, bolehkah saya mengambilnya sendiri?

Boleh, anda boleh terus datang ke lokasi kami atau berjumpa di kawasan berhampiran kami.

8.Selain dari business card, bolehkah saya menempah produk lain?

Sudah tentu boleh, kami juga menyediakan produk yang luar dari paparan. Bagaimanapun kuantiti dan harga kami masih yang terbaik.

9.Bagaimana caranya saya ingin menempah?

Mudah sahaja sila isi form di sini, dan isikan butiran yang diminta atau terus hubungi kami untuk maklumat lanjut.

10.Bila tempahan desigan saya boleh siap?

Untuk kualiti design yang menarik, 2-3 hari diperuntukkan.

11.Berapa lamakah proses cetakan?

3-5 hari waktu bekerja.

12.Berapa kos untuk tempahan design?

Kos untuk tempahan design bergantung pada kualiti design.Kebiaasaannya dari harga rm20- rm100.

13.Berapa pula kos penghantaran?

Untuk produk business card, hanya rm 6.00 dan untuk produk selain business card pula bergantung pada kuantiti.

14.Saya ingin menempah, bolehkah saya membayar deposit dahulu?

Untuk tempahan yang tidak mempunyai design, dan ingin menempah design, bayaran deposit rm 20.00 dikenakan.

15.Bolehkah saya melihat hasil design tempahan saya?

Ya, tentu sekali boleh.Itu sudah menjadi hak pelanggan kami.Selepas design terhasil, pihak kami akan menghubungi anda bagi tujuan melihat hasil rekaan sebelum proses percetakan.

16.Saya tidak berminat dengan design yang terhasil, bolehkah saya memminta design itu di ubah?

Ya, Anda boleh meminta begitu, tetapi hanya untuk 2 kali perubahan sahaja.

17.Sekiranya lebih dari 2 kali perubahan, adakah tidak boleh di reka lagi?

Oh tidak, kami akan terus mengikut permintaan pelanggan kami, tetapi perubahan design yang melebihi dua kali akan dikenakan bayaran tambahan.

18.Berapakah bayaran tambahan untuk perubahan design yang melebihi dua kali?

setiap perubahan yang ketiga dan seterusnya rm10 akan dikenakan.

18.Saya sudah melihat design yang terhasil, perlukah saya membayar baki tempahan itu dengan segera atau selepas ianya siap di cetak?

Proses mencetak hanya akan diproses setelah bayaran 100% diterima.

20. Saya sudahpun melakukan pembayaran, adakah saya perlu menghantar sebarang pengesahan?

Ya! sila ikuti langkah yang telah disediakan diruangan borang tempahan.

21.Saya telah menerima tempahan, bolehkah saya melakukan tempahan lagi?

Sudah tentu boleh, kami mengalu-alukannya dan nantikan tawaran terhebat dari kami. :)